KUALA LUMPUR, 6 OKT: Keputusan kerajaan mewajibkan penjawat awam mengambil vaksin Covid-19 berdasarkan pertimbangan tertentu, adalah sah dari sudut pandangan syariah dan perlu dipatuhi serta tidak boleh dianggap menyekat kebebasan individu di negara ini, kata seorang pakar syariah.
KUALA LUMPUR, 5 OKT: Sebanyak 20,603,249 individu atau 88 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat semalam.
KUALA LUMPUR, 4 OKT: Sebanyak 20,513,168 individu atau 87.6 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan vaksinasi Covid-19 masing-masing setakat semalam.
KUALA LUMPUR, 3 OKT: Sebanyak 20,418,495 individu atau 87.2 peratus daripada populasi dewasa di negara ini telah selesai menjalani suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, kira-kira 2.8 peratus lagi untuk mencapai 90 peratus vaksinasi dewasa.
KUALA LUMPUR, 2 OKT: Seramai 52,774 atau 1.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam negara telah lengkap menerima vaksin Covid-19 jenis Cominarty setakat 30 Sept lepas, kata Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
KUALA LUMPUR, 2 OKT: Seorang petugas kesihatan (penyuntik) tersalah mengambil satu picagari kosong ketika proses vaksinasi ke atas seorang remaja berusia 12 tahun yang videonya tular baru-baru ini.
KUALA LUMPUR, 2 OKT: Sebanyak 3.2 peratus lagi diperlukan untuk mencecah angka 90 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi.
SHAH ALAM, 1 OKT: Ibu kepada remaja yang rebah selepas menerima pelalian di Klebang, Melaka semalam menegaskan anaknya itu terlalu gementar dan kejadian bukan disebabkan kesan sampingan vaksin Covid-19.
BANGI, 1 OKT: Seorang bapa berasa lega dimaklumkan anak lelakinya yang menghidap hipertiroid layak menerima suntikan pelalian melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja.
KUALA LUMPUR, 1 OKT: Sebanyak 3.7 peratus lagi diperlukan untuk mencecah angka 90 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi.
KUALA LUMPUR, 29 SEPT: Semua pihak diminta bertenang dan tidak menimbulkan kebimbangan awam susulan rakaman video tular mendakwa beberapa individu meninggal dunia selepas menerima vaksin Covid-19, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
SHAH ALAM, 28 SEPT: Keinginan untuk kembali ke sekolah dan menjalani pembelajaran semuka seperti biasa menjadi penguat semangat pelajar untuk menerima vaksinasi Covid-19.
Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli KUALA LUMPUR, 28 SEPT: Penjelasan mengenai vaksin Covid-19 harus diberikan kepada remaja atau pelajar sekolah secara berterusan supaya mereka lebih prihatin tentang pencegahan penyakit dalam mengekang penularan wabak berkenaan terhadap golongan...
KUCHING, 26 SEPT: Sarawak akan memulakan pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 pada bulan Oktober ini sekali gus menjadi negeri pertama yang memulakan inisiatif berkenaan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
MELAKA, 26 SEPT: Sebanyak 30.1 peratus daripada keseluruhan 2.53 juta murid berusia 12 hingga 17 tahun di seluruh negara telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sehingga semalam, kata Timbalan Menteri Pendidikan I Datuk Dr Mah Hang Soon.
SHAH ALAM, 24 SEPT: Malaysia menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) campur tangan menyatakan ketetapan dalam isu diskriminasi penerimaan vaksin tertentu untuk perjalanan antarabangsa.
SHAH ALAM, 24 SEPT: Kerajaan akan memberi dos ketiga dan dos penggalak kepada kumpulan tertentu yang memerlukan pada bulan depan.
KUALA SELANGOR, 24 SEPT: Hanya 0.7 peratus atau kira-kira 300 guru sahaja yang belum menerima vaksin Covid-19 daripada 61,000 guru yang berkhidmat di Selangor, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor Anismah M Nor.
SHAH ALAM, 24 SEPT: Kerajaan mengubah strategi untuk menyuntik vaksin Covid-19 kepada seramai mungkin penduduk termasuk kanak-kanak dan bukan lagi berdasarkan imuniti kelompok.
KUALA LUMPUR, 23 SEPT: Remaja yang mempunyai sejarah masalah kesihatan atau yang memiliki komorbiditi perlu diutamakan dalam pemberian vaksinasi Covid-19 kerana golongan ini berisiko tinggi mendapat implikasi yang lebih serius akibat jangkitan virus itu.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.